CIRI-CIRI

 

Pengeliruan

 

Mekanisme Pencampuran: Ini adalah pencampuran syiling dalam dompet yang dibangunkan dengan CoinJoin, tetapi dikawal ketat oleh rangkaian nod utama secara desentralisasi. Ini menambahkan satu lagi lapisan privasi pada transaksi meskipun tidak rahsia sepenuhnya, ianya jauh lebih baik daripada transaksi Bitcoin yang biasa. Katakanlah seseorang itu berjaya menguasai 50% daripada nod utama sedia ada sekalipun, dia mempunyai kurang daripada 0.5% peluang untuk membongkar transaksi individu yang telah pun dicampur aduk dengan 8 pusingan Obfuscation (Pengeliruan).

 

SwiftTX

 

Transaksi Segera: Transaksi SwiftTX boleh digunakan dalam beberapa saat setelah disahkan, oleh itu ianya dijamin oleh rangkaian nod utama tanpa perlu menunggu pengesahan dari pelbagai pihak bagi meyakini bahawa transaksi yang dilakukan adalah sah.

 

Kod Asas: PoS 3.0 Bitcoin Teras 0.10.x

PIVX merupakan matawang kripto proof of stake (pembuktian pegangan) pertama berdasarkan versi 0.10 atau lebih tinggi kod asas Bitcoin, dan struktur PoS ini digunakan dengan menghapuskan coin age (umur syiling) iaitu untuk memaksimakan staking  (pegangan), anda perlu memastikan dompet sentiasa terbuka yang menyebabkan nod sedia ada lebih malar justeru menguatkan jaringan. Tiada lagi pengguna-pengguna yang hanya buka dompet mereka sekali atau dua kali sebulan selama beberapa minit dan mendapat ganjaran sama seperti mereka yang membuka dompet mereka selama 24 jam.

 

Ganjaran Berdasarkan Mekanisme Jongkang-Jongket

Ganjaran blok yang diterima oleh pemegang dan pemegang nod utama berbeza-beza berdasarkan jumlah syiling yang dipegang oleh nod-nod utama dan jumlah syiling siap sedia ada untuk melakukan staking di jaringan. Ini membenarkan kepelbagaian ganjaran berdasarkan keperluan jaringan supaya servis jaringan (nod utama) dan keselamatan jaringan (pegangan di dompet) diedarkan secara sama-rata. Apabila ianya semakin sedikit kerana jumlah nod utama yang meningkat, sebahagian ganjaran blok yang diterima akan dikurangkan, dan akan dibangkitkan apabila jumlah nod utama berkurangan.

Nod-nod Utama

Ini adalah nod insentif iaitu nod-nod yang menerima ganjaran berdasarkan kesediaan dan kebolehan mereka untuk menawarkan servis jaringan secara desentralisasi. Untuk memulakan nod utama, seseorang itu perlu 10,000 PIVX untuk dicagarkan selama mana. Pemegang Nod Utama membenarkan seseorang itu hak untuk melakukan undian belanjawan dan usul-usul pembangunan. Nod-nod ini merupakan tulang belakang bagi servis sedia ada yang ditawarkan di jaringan PIVX dan pada masa akan datang. Oleh itu, mereka diberi ganjaran sedikit lebih tinggi berbanding mereka-mereka yang hanya pegang (staking) dan jumlahnya bergantung kepada aras yang ditetapkan dalam mekanisme jongkang-jongket.

 

Ciri-ciri Unik Lain

 

Orang ramai sentiasa bertanya mengapa mereka harus memilih PIVX berbanding dengan matawang kripto yang lain. Ciri-ciri yang membuat PIVX lebih baik daripada yang lain disenaraikan di bawah.

  • PIVX merupakan matawang Rakan-ke-Rakan yang rahsia (transaksi tanpa nama)
  • PIVX berusaha ke arah Transaksi Privasi Pengesahan Segera sebagai transaksi yang lalai (piawai)
  • PIVX didorongi oleh komunitinya
  • PIVX menggunakan protokol Proof of Stake 3.0 Blackcoin yang lebih baik daripada Proof of Work (Pembuktian Pekerjaan). Ianya lebih selamat dari PoW.
  • PIVX mempunyai yuran transaksi yang rendah kerana kecekapan kaedah PoS ini. Ini bermakna ianya sangat sesuai untuk penetapan harga bagi model-model perniagaan transaksi mikro yang sebelum ini wujud menggunakan Bitcoin.
  • PIVX tidak mempunyai ICO. Syiling yang di lombong (pre-mined coins) untuk memulakan rantai telah pun dihapuskan secara umum.
  • PIVX berdasarkan teras Bitcoin 0.10.x yang bermakna terasnya lebih baharu berbanding dengan kebanyakan matawang digital PoS yang menggunakan versi teras Bitcoin versi yang lebih tua.
  • PIVX menggunakan sistem ganjaran berdasarkan mekanisme jongkang-jongket yang inovatif  dan mengolah pemberian ganjaran kepada nod-nod utama dan nod-nod pegangan secara dinamik. (Lihat bahagian kertas putih)
  • PIVX mempunyai pertumbuhan dan pembesaran komuniti yang semakin aktif di pelbagai rangkaian media sosial seperti BCT,Slack, Reddit, Twitter, Gitter, Facebook dan sebagainya.
  • Komuniti PIVX juga menggunakan Teamwork.com untuk melihat rancangan dan pengurusan pembangunan kerja secara umum.
  • PIVX mempunyai pasukan pembangun yang sangat aktif, mudah dihubungi dan responsif.
  • PIVX boleh ditukar di pelbagai bursa pertukaran termasuk Bittrex dan mempunyai rancangan untuk menambah di bursa-bursa pertukaran yang lebih besar.
  • Penurunan inflasi ganjaran blok bulanan dan mencapai aras terakhir lebih kurang 4.8% tahunan pada pertengahan bulan Mei 2017.
  • PIVX mempunyai banyak simpanan panduan pengguna termasuk panduan video dan banyak lagi akan dihasilkan pada masa akan datang.
  • PIVX mempunyai peratusan keuntungan yang lebih tinggi dan konsisten berbanding dengan matawang digital yang menggunakan nod-nod utama seperti DASH sejak pelancarannya sehingga sekarang.

 

PIVX PRICE