Apa itu PIVX?

PIVX: Private Instant Verified Transaction (X)

Matawang kripto sumber terbuka yang mengutamakan privasi secara desentralisasi serta boleh ditransaksi dengan selamat

Tarikh Pelancaran: 1 Februari 2016

(Di bawah nama Darknet (DNET))

POS: Pos 3.0 (asas kod Bitcoin core 0.10.x)

Nod Utama: Tor-Nod Utama (10K PIVX/nod)

Tiada Pre-mine (Pra-lombong)

PENGENALAN TENTANG PIVX:

PIVX merupakan sebuah komuniti pelbagai kebolehan yang sedang berusaha untuk mengembangkan teknologi rantaian blok dan matawang kripto. Terdapat banyak komponen yang membentuk apa dan siapa itu PIVX dan mengapa PIVX diwujudkan. Mari kita mulakan dengan yang asas dahulu:

APA ITU PIVX?

PIVX adalah akronim untuk Private Instant Verified Transaction (X) (Pengesahan Segera Transaksi Peribadi). Hah, itulah namanya.

Apa itu PIVX?

PIVX merupakan matawang kripto sumber terbuka yang mengutamakan privasi secara desentralisasi dan boleh ditransaksi dengan selamat

Maksudnya?

Maksudnya, pada terasnya, PIVX direka untuk perkembangan dengan amalan kerja yang terbaik serta kemajuan dan pembangunan bagi memastikan transaksi anda terjamin dan peribadi.

Apakah maksud ini?

ni bermakna kami percaya bahawa anda mempunyai hak untuk melakukan pertukaran transaksi secara peribadi dan terjamin, malah tiada gangguan dari tekanan korporatokrasi, pengaruh kerajaan dan individu-individu serta gerakan-gerakan yang mempunyai niat jahat. Kami juga percaya bahawa di zaman moden inilah masanya anda diberi kebebasan untuk melakukan pertukaran transaksi serta mengawal kekayaan sendiri dengan apa cara sekalipun pada bila-bila masa tanpa bimbang tentang transaksi yang telah disahkan dilakukan secara pantas dan peribadi.

PIVX telah dilancarkan pada 1 Februari 2016 di bawah nama Darknet (DNET). Namun, setelah mendapat beberapa kemajuan dan pembabitan aktif komuniti, penjenamaan semula dicadangkan untuk dikenali lebih profesional. Oleh itu, nama Darknet telah ditukar kepada PIVX secara rasmi berdasarkan citarasa komuniti PIVX dan idealoginya yang telah pun diterapkan dalam matawang kripto. Maklamat utama PIVX ialah untuk mencapai transaksi peribadi dengan segera dan mempunyai satu pentadbiran yang membantu mengekalkan jaringan untuk kebaikan semua pengguna yang terlibat. Kami masih dalam proses untuk mencapai maklamat ini dan sebahagian daripada ciri-ciri tersebut masih dalam pembangunan dan akan muncul pada masa akan datang.

 

PIVX PRICE

 

DASH vs PIVX