Syarat-syarat dan Dasar Peribadi

Hakcipta

Lesen dan syarat-syarat penggunaan muktamad logo PIVX dan jenama perkataan masih dalam perbincangan. Sila hubungi kami di Slack jika anda mempunyai sebarang soalan.

Syarat-syarat Penggunaan

PIVX hanya digunakan untuk tujuan yang sah dari segi undang-undang. Ia tidak boleh digunakan untuk tujuan lain. Tiada sesiapapun dalam komuniti PIVX mahupun pengasas-pengasas, pembangun-pembangun atau penyumbang-penyumbang menyokong penggunaan PIVX dalam kegiatan haram. Kegunaan PIVX tidak dianggap haram oleh kebanyakan pihak berkuasa. Namun, sesetengah pihak berkuasa mungkin mengenakan batasan terhadap penggunaan matawang kripto dan/atau sebarang alat keselamatan privasi, jadi pengguna-pengguna perlu membuat pertimbangan sebelum menggunakan PIVX. Jika anda sangsi, sila hubungi wakil atau peguam tempatan bagi mengelakkan kegiatan yang boleh dianggap haram oleh pihak berkuasa anda. Kandungan laman web ini , atau sebarang komunikasi daripada sesiapapun dalam komuniti PIVX, pengasas-pengasasnya, pembangun-pembangun, atau penyumbang-penyumbang, tidak membentuk undang-undang atau sebagai nasihat pelaburan. Anda harus berhati-hati dan membuat keputusan anda sendiri berdasarkan kajian daripada pelbagai sumber sebelum menggunakan PIVX.

Privasi:

Sebarang data yang dikumpulkan dari pengguna laman ini, digunakan secara kumpulan sahaja, atau untuk menyokong usaha pemasaran dalam kaedah yang paling berkesan. Contohnya, untuk menentukan halaman mana yang paling banyak dilawati atau pelawat (dari negara mana) yang berminat dengan PIVX hasil dari pengiklanan. Kami tidak menggunakan data untuk menjejak data khusus seseorang. Pengecualian adalah hanya untuk melakukan penyiasatan tentang percubaan menceroboh sekuriti laman ini.  

 

Liabiliti:

Walaupun kami sentiasa berusaha agar laman web ini tepat dan dikemaskini, maklumat sulit anda peribadi, dan kami tidak boleh dipersalahkan atas perubahan, kesilapan, salah ejaan atau perkara yang luar dari bidang kuasa kami. Contohnya, komunikasi menerusi e-mel atau internet secara amnya, tidak selamat. Sila gunakan dari pelbagai sumber sebelum membuat keputusan, seperti menanyakan alamat e-mel ProtonMail.com, atau cap jari PGP dan identifikasi untuk berkomunikasi dengan selamat.