SISTEM GANJARAN

Seluruh komuniti blockchain yang berpusat mempunyai beberapa jenis sistem ganjaran untuk sesiapa yang membantu mengamankan rangkaian mereka. Dalam beberapa sistem seperti Bitcoin, ganjaran ini diberikan kepada ‘Miners’, sub kumpulan orang yang mengamankan rangkaian Bitcoin. Dalam PIVX, sesiapa yang mempunyai PIV boleh membantu menjamin rangkaian dan dapat menerima ganjaran untuk usaha mereka!

Sehingga ke hari ini terdapat tiga kumpulan yang berbeza yang semuanya membantu PIVX dengan cara yang berbeza dan kesemua menerima ganjaran untuk usaha tersebut.

Bagaimana untuk mendapat ganjaran

PIVX beroperasi menggunakan mekanisme “Proof of Stake” yang bermaksud bahawa untuk membantu menjamin rangkaian, anda mesti membuktikan anda memegang PIV. Dua kaedah pertama di bawah adalah dua cara anda boleh menggunakan PIV anda untuk mendapat faedah unutk apa yang sudah anda miliki. Sekiranya anda tidak mempunyai PIV, tetapi anda ingin mendapatkan beberapa, kaedah ketiga membolehkan anda memperolehi PIVX dengan membantu komuniti kami.

 

Kaedah 1 – Menjalankan sebuah Nod Utama

Menjalankan sebuah Masternode (Nod Utama), ia memerlukan 10,000 PIV.

(Nota: Memerlukan beberapa pengetahuan teknikal)

Kaedah 2 – “Stake” PIV Anda

“Staking” PIVX anda, di mana anda hanya perlu memegang PIVX. Proses ini tidak memerlukan jumlah minimum, tetapi anda harus mengaktifkan wallet anda dengan pegangan PIVX anda.

Kaedah 3 – Membantu

Terdapat juga peluang yang tersedia sepanjang masa untuk membantu dengan projek komuniti yang dibiayai oleh PIVX. Jika anda membantu projek-projek ini, anda layak mendapatkan PIV untuk masa dan kerja anda. Peluang ini termasuk pembangunan, pemasaran, sokongan pelanggan, dan banyak lagi. Jika anda ingin membantu dengan aktiviti ini, sila hubungi kami di Slack atau di Forum!

Berapa Banyak PIV Dibuat, dan Bagaimana Ia Diedarkan?

Setiap 60 saat, 5 PIV diwujudkan (Juga dikenali sebagai “minting”). PIV ini kemudian dibahagikan kepada tiga bahagian secara automatik. 10% yang tetap (0.5 PIV) digunakan untuk membiayai pertumbuhan PIVX. (Kaedah 3) Penguna Nod Utama diberikan peluang untuk mengundi di mana projek-projek yang 10% itu perlu dibelanjakan dan kemudian ahli komuniti yang melakukan projek tersebut diberikan hak untuk menerima PIV. 90% yang lain (4.5 PIV) dibahagikan antara Nod Utama dan Pemegang PIVX. (Kaedah 1 & 2) Perpecahan antara Nod Utama dan Pemegang PIVX berdasarkan Algoritma Jongkang Jongket. Algoritma ini sentiasa menyesuaikan jumlah ganjaran yang pergi ke dua kumpulan berdasarkan jumlah Nod Utama dan Pemegang PIVX pada masa yang diberikan. Algoritma ini memberikan lebih insentif kepada Nod Utama daripada Pemegang PIVX untuk menampung kos operasi yang lebih tinggi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Algoritma Jongkang Jongket, klik di sini.

Berapa Banyak Anggaran PIV Harus Saya Buat?

Sistem ganjaran PIVX direka bentuk untuk mempunyai banyak kekangan. Tujuan ini dilakukan adalah untuk keselamatan, tetapi ia boleh membuat pengiraan sedikit rumit. Dengan itu, Nod Utama memerlukan 10,000 PIV, dan setiap Nod Utama boleh mendapat ganjaran kira-kira setiap 1-2 hari. Untuk pemegang PIVX, setiap 1,000 PIV (sedikit lebih daripada itu sebenarnya), anda boleh mengharapkan ganjaran staking sekali setiap 30 hari, tetapi ingat bahawa ini adalah proses sepenuhnya rawak! Anda boleh pergi selama 15 hari tanpa ganjaran dan kemudian mendapat dua dalam satu hari. Ia benar-benar mungkin. Berdasarkan anggaran untuk bulan Mei 2017 hingga ke April 2018, purata pulangan tahunan dianggarkan kira-kira 4.8%. Untuk maklumat terkini sila periksa Kalkulator Ganjaran PIVX.

Ingin Maklumat Lanjut?

Sila sertai komuniti Slack kami dan ajukan pertanyaan yang anda ingin! Dapatkan jemputan anda di PIVX.Slack.com.

 

PIVX PRICE