Senarai Cadangan:

Sila lawat salah satu laman web pihak ketiga untuk melihat senarai usul terkini dan yang lama.

PIVX.Bitcoiner.me

Maklumat Nod Utama PIVX

Apa itu Cadangan?

Jika anda mempunyai idea yang mahu diwijudkan dan memerlukan sumber dan dana yang banyak (tidak berbaloi untuk melakukan secara sukarela), utarakan cadangan anda ke komuniti PIVX!

Kami ada proses untuk membantu komuniti mengambil bahagian dan mengumpulkan maklum balas cadangan anda. Kami sebagai komuniti mempunyai peluang yang baik untuk cadangan diluluskan, sebelum ianya diundi. Semakin terperinci cadangan anda semakin baiklah. Cadangan daripada anda yang haruslah menjawab 2 soalan ini untuk komuniti PIVX. “Berapa kosnya” dan “Apa yang akan kami dapat?”

Banyak langkah yang ada di bawah ialah langkah-langkah pilihan, tetapi jika anda mengikuti langkah-langkah tersebut, anda pasti dapat menjimat banyak masa.

 

Langkah pertama: Bincang di Slack

Jika perlu, dapatkan undangan di slack.pivx.org.. Sertai saluran yang sesuai, perkenalkan diri anda, dan lontarkan pandangan anda di sana. Ada kebarangkalian seseorang sudah mengusahakan idea yang sama, atau idea tersebut sudah pernah dicuba. Jika nasib anda baik, mungkin komuniti PIVX boleh membantu anda menambahkan idea anda. Perbincangan di Slack merupakan cara yang paling mudah untuk mempengaruhi komuniti PIVX yang besar. Ianya baik untuk kepentingan semua orang jika anda mengambil kesempatan tersebut!

Langkah kedua:Okey. Semua orang suka idea anda. Jadi apa yang perlu anda lakukan sekarang?

Apabila anda rasa idea anda sudah kukuh, bawa perbincangan ke tahap yang lebih tinggi di forum.pivx.org dalam Budget & Governance Proposals –> Pre-Proposal Discussions (Belanjawan & Usul Pentadbiran-–>kategori Perbincangan Pra-Cadangan).

Kandungan perbincangan di Slack tidak bertahan lama. Ianya merupakan sistem perbualan langsung, dan sejarah perbincangan dihapuskan dengan cepat. Forum merupakan tempat yang lebih sesuai dan tetap untuk membuat perbincangan. Seseorang dapat melihat apa yang ditulis beberapa hari yang lalu, dan menambah maklum balas pandangan mereka tersendiri. Apabila tiba masa untuk mengundi, mereka tidak boleh melihat ulasan atau komen di Slack. Semuanya akan hilang. Jadi, sila cuba untuk membuat perbincangan utama di dalam forum.

 

Langkah ketiga: Fahami kepentingan PPL

 

 

PPL adalah singkatan daripada Proposal Promotion Level (Tahap Promosi Usul). Ia adalah panduan untuk membantu anda memahami nilai perbincangan dalam cadangan anda di pelbagai tempat dalam talian sebanyak mungkin. Media sosial, forum dalam talian, blog dan sebagainya. Semakin rumit cadangan anda semakin banyak lokasi di mana anda boleh membuat perbincangan dan juga lebih panjang tempoh masanya.

Perbincangan hanya boleh membantu anda sedikit. Lebih banyak maklum balas yang diterima dan diterapkan dalam usul anda, lebih tinggi peluang anda untuk berjaya. Anda perlu menunjukkan bahawa anda telah meliputi semua aspek, tapi perlu melalui kumpulan-kumpulan ini untuk menyedari apa yang masih kurang dalam cadangan anda. Jangan risau. Ini perkara biasa! Menerima idea-idea hebat daripada orang lain, dan menambahkan idea tersebut dalam cadangan anda adalah cara terbaik untuk mendapat sokongan undian!

Seterusnya, apabila anda menghantar cadangan, anda boleh memberikan nilai PPL anda, di mana berdasarkan nilai ini, ianya memberi gambaran masa segala usaha yang telah anda dedikasikan sewaktu anda berinteraksi dengan komuniti, dan kemungkinan mereka akan mengundi anda tanpa melakukan sebarang kajian (hanya berdasarkan nilai PPL sahaja!). Anda akan mendapat lebih banyak undian jika and menghabiskan langkah ini selain juga penambahan reputasi anda. Tambahan lagi, hanya dengan meyakinkan satu whale (gelaran yang diberikan kepada mereka yang mempunyai pegangan yang tinggi) bahawa usul anda berbaloi, anda mungkin akan dapat lebih banyak undian!

Dokumen PPL masih belum lengkap sepenuhnya. Namun, terdapat  ‘Penerangan’ video yang hebat yang akan membantu anda memahami dengan mudah dan ikuti kandungan-kandungan untuk menambahkan peluang agar cadangan anda diterima. Sila lihat video pendek di sini.

 

Langkah keempat: Muktamadkan cadangan anda

Langkah keempat: Muktamadkan cadangan anda

Sekarang adalah masanya untuk membuat versi akhir cadangan anda dan menambah ia di forum.pivx.org.. Kali ini, dalam bahagian forum Budget & Governance Proposals (Belanjawan & Cadangan Pentadbiran). Ingat, ini adalah dokumen yang akan dirujuk dalam cadangan yang dikemukakan secara rasmi, jadi pastikan anda yakin semuanya betul!

Kami jangka Templat Cadangan akan muncul tidak lama lagi. Jadi, buat waktu sekarang, sila ikuti format yang telah pun digunakan oleh yang lain-lain.

 

Langkah kelima: Adakah anda mempunyai masa yang cukup?

Penghantaran cadangan akan ‘dibekukan’ selama 72 jam kerana mengikuti ‘Super Block’ yang berlaku setiap 30 hari. Bergantung kepada strategi anda, anda mungkin mahu menghantar cadangan lambat agar berharap mendapat sedikit dana yang belum diminta lagi. Biasanya anda mahu masa sebanyak mungkin untuk meraih undian!

Untuk mengetahui jadual terkini, buka dompet dan pergi ke ‘Tools –> Debug Console’ dan masukkan: ‘mnbudget nextblock’ (tanpa tanda petikan).

Selepas itu, tolak 4,320 dari nombor itu (72 jam) untuk mencari tarikh akhir apabila cadangan dibekukan.

Sekarang pergi ke ‘Tools –> Information’ untuk mendapatkan ‘Current number of blocks’.

Jadi sekarang kita ada; Next Block (Blok Seterusnya)– 4,320 – Current blocks (Blok terkini) = Blok dari sekarang sehingga tarikh akhir.

Sebagai contoh; 648,000 – 4,320 – 625,332 = 18,348 blok ke tarikh akhir.

Satu blok = 1 minit, iaitu 305.8 jam dari sekarang (2 Mei, 2017 pukul 3:13 PM EST) atau 15 Mei pukul 9:00 AM dimana kira-kira semua perkara akan dimuktamadkan selepas 72 jam.

Setelah memaksa anda membaca semua perkara di atas, dan jika anda mahu jalan yang mudah, sila lihat ‘Jadual Super Blocks’ di sini.

 

 

Langkah keenam: Hantar Cadangan anda ke Rantai Blok

Ingat bahawa terdapat 2 bayaran apabila menghantar cadangan. Tiada masalah jika anda ingin memasukkan pembayaran balik kepada sebahagian dari dana yang anda minta.

Bayaran pertama adalah ‘Bayaran Penghantaran Cadangan’ sebanyak 50 PIV dan perlu dibayar tidak kira jika cadangan anda diluluskan atau ditolak. Sudah tentu, jika cadangan anda ditolak, anda tidak akan mendapatkan bayaran kembali. Inilah sebab anda perlu ikuti semua langkah di atas!

Bayaran kedua adalah ‘Bayaran Pengaktifan Cadangan’ sebanyak 50 PIV yang dibayar kepada pembangun untuk mengaktifkan cadangan anda. Ini bukan bayaran kepada pembangun. Anda akan bayar jumlah tersebut kepada pembangun dan pembangun itu akan menghantarnya ke dalam sistem. Bayaran ini hanya akan dibayar jika cadangan anda diterima dan mengandaikan bahawa anda telah memasukkan pembayaran balik dalam bayaran tersebut, anda akan dibayar kembali.

Langkah-langkah rasmi untuk menghantarkan cadangan yang terperinci ada di sini. Sila tanya jika anda mempunyai sebarang masalah. Saluran #support di Slack adalah tempat yang terbaik untuk mendapat bantuan!

 

 

Langkah ketujuh: Jangan berhenti sekarang!

Semua orang sangat sibuk. Ianya sangat mudah untuk hilang perhatian dan lupa tentang cadangan anda. Jadi, inilah masanya untuk anda pergi ke media sosial di mana anda melakukan perbincangan sebelum ini dan hebahkan bahawa anda telah menghantar cadangan dan menunggu untuk mereka melakukan undian! Pastikan anda sentiasa memantau kesemua saluran, kerana sekarang semua orang mempunyai ‘jari atas butang undi’, dan anda perlu cepat untuk membalas segala soalan terakhir yang mereka ada!

 

Langkah kelapan: Cara Mengundi

Apabila anda sudah mengingatkan semua bahawa cadangan anda telah siap sedia untuk diundi – tunjukkan mereka artikel ‘How To Vote (Cara-cara Mengundi)’ ini. Tanpa bantuan, mereka yang pada asalnya ingin mengundi anda mungkin bercadang untuk mengundi nanti – namun mereka tidak sesekali kembali lagi untuk mengundi.

Jadi, jangan lupa untuk memberi bantuan agar mereka dapat mengundi!

Oh ya – dan jangan lupa untuk mengundi cadangan anda sendiri!

Langkah kesembilan: Lihat senarai cadangan

Ingin melihat cadangan anda dengan orang lain? Anda perlu menunggu beberapa minit untuk didaftarkan, di sini ada beberapa sumber yang boleh anda lawat.

PIVX.Bitcoiner.me
PIVX Masternode Payments(Pembayaran Nod Utama PIVX)

 

Langkah kesepuluh: Tunggu undian dimuktamadkan

Jika anda melakukan semua di atas dengan cemerlang dan tidak mendapat ‘tentangan’ terhadap cadangan anda, anda boleh menjangka cadangan tersebut bakal diluluskan. Tetapi, cadangan yang hebat sekalipun boleh ditolak jika banyak lagi cadangan yang lebih hebat yang bertarung untuk mendapatkan dana yang terhad. Jadi, berusahalah dengan keras agar semua soalan dapat dijawab. (untuk mendapat undian!)  

 

 

Terima kasih kerana mengemukakan cadangan anda dan menyumbang kepada sistem Tadbir Urus PIVX.

Semoga berjaya!