Pentadbiran:

Matlamat kami untuk sistem Pentadbiran PIVX ialah melalui penyertaan komuniti. Kami masih ada perjalanan yang jauh lagi tetapi kami berharap untuk membuat langkah yang besar tidak lama lagi. Proses ini akan mengambil masa yang panjang, dan kami memanggilnya sebagai Pentadbiran Berteraskan Komuniti.

PIVX Masternode Owners have voted and have accepted the following statement:

“ PIVX will work towards a ‘Community Designed Governance’ system that changes the distribution of votes, to include the entire PIVX community.”

Tiga jenis pentadbiran dan bagaimana sistem undian ini berjaya akan dijelaskan di bawah. Semua bahagian Pentadbiran DAO mengikut proses yang sama untuk mengemukakan cadangan dan undian Pemilik Nod Utama untuk menerima/menolak cadangan ini. Undian ini hanya boleh berlaku ketika ‘Super Block’ wujud (Kira-kira, satu kali setiap bulan).

Pemilik-pemilik Nod Utama sudah mengundi dan menerima kenyataan di bawah dan tiga kategori perbendaharaan. Huraian di bawah:

“PIVX akan bekerja ke arah sistem ‘Pentadbiran Berdasarkan Komuniti’ yang akan mengembangkan kuasa mengundi daripada Pentadbiran Pembendaharaan untuk mamasukan Pentadbiran Manifesto dan Pentadbiran Protokol juga.”

Terdapat 3 jenis Cadangan

Pentadbiran Manifesto

Kejadian ini sangat jarang, hampir tidak akan berlaku, dan ianya memerlukan penyertaan tinggi dari Pemilik-pemilik Nod Utama (MNO – Master Node Owners) sewaktu proses pengundian. Ini adalah untuk memastikan walaupun MNO yang kebiasaannya tidak mengambil bahagian dalam proses undian cadanga, mereka secara tidak langsung akan menyedari bahawa Cadangan Manifesto telah pun dikemukakan, dan mereka telah pun dimaklum akan isu-isu yang tertentu dengan secara adil.

Pentadbiran Pembendaharaan

Kejadian ini sangat jarang, hampir tidak akan berlaku, dan memerlukan penyertaan yang berrjumlah tinggi (Jumlah belum ditentukan lagi) semasa proses mengundi. Ini adalah penting untuk memastikan semua orang dalam komuniti yang biasa tidak mengundi cadangan mengetahui tentang Pentadbiran Pembendaharaan yang telah dikemukakan dan mereka boleh memahami isu-isu terbabit dengan fakta yang benar dan tidak berat sebelah.

Pentadbiran Protokol

Cadangan ini tidak memerlukan apa-apa kos dan cadangan ini wujud untuk membuat keputusan unutk menukar kod asas (protokol), atau membuat perubahan utama kepada sistem PIVX. Jika sesuatu keputusan itu memerlukan dana, sebahagian dana itu yang akan menjadi usul Pentadbiran Pembendaharaan lain yang dikemukakan selepas usul Pentadbiran Protokol diterima. Apa yang uniknya tentang Pentadbiran Protokol adalah Pembangun-Pembangun Teras boleh menolak sesebuah cadangan jika ianya adalah mustahil dari segi teknikal, atau pelaksanaan dasar yang berbeza dari yang sudah diundi sebelumnya.