Komuniti

Komuniti adalah sangat penting untuk pasukan/kumpulan di PIVX kerana ianya merupakan asas bagi pentadbiran kami. Jika anda mempunyai sebarang soalan kepada ahli-ahli atau pembangun-pembangun PIVX, kami telah membuatkan lebih mudah untuk anda hubungi mereka. Sila sertai sebarang saluran yang disenaraikan di bawah dan klik logo saluran yang diingini.

PIVX PRICE

Community Guidelines

PIVX Adalah Komuniti Untuk Semua

Sesiapapun dialu-alukan di sini. Kami percaya akan privasi, tapi  juga percaya akan kebebasan hak bersuara. Komuniti ini adalah tempat untuk meluahkan perasaan  tetapi kami juga ingin mengingatkan anda supaya bertimbang rasa terhadap semua ahli kumpulan yang datang dari pelbagai lapisan umur dan masyarakat.

Kami Menghargai Sumbangan Yang Diberi

PIVX merupakan projek komuniti sumber terbuka yang hanya boleh maju dengan dorongan dan usaha yang kolektif. Dari usul-usul yang inovatif, hingga kemajuan dan pentadbiran komuniti, penyertaan dari semua pihak adalah sangat dihargai.

Kami Adalah Demokrasi

Kami melakukan undian untuk semua perkara. Dari belanjawan usul-usul melalui nod-nod utama tentang pembangunan akan datang hingga undian komuniti di Slack tentang jenama dan komunikasi. Undian komuniti untuk hala tuju sesebuah projek adalah sangat digalakkan.

Kami Tidak Mempunyai Peraturan Komuniti, Tapi Kami Ada Panduan.Sesiapapun Boleh Masuk.

Sesiapapun Boleh Sertai. Kami Telah Mengundi Panduan-panduan Di Bawah Untuk Membimbing Pembangunan Projek

Tumpuan Kepada PIVX

Projek ini adalah tentang PIVX. Kami menggalakkan sesi dialog tentang matawang kripto, teknologi dan inovasi yang lain tetapi sila hindarkan apa-apa pemasaran dan penggemburan projek-projek lain di saluran PIVX.

Privasi Adalah Penting

Privasi sangat penting kepada komuniti. Elakkan sebarang tindakan yang mendedahkan maklumat peribadi atau identiti seseorang dalam komuniti jika ianya belum didedahkan oleh seseorang itu.

Jangan Membuli Atau Menyokong Pembulian

Jangan mengganggu atau menyerang sesiapa untuk menimbulkan tindak balas. Dilarang menyerang seseorang secara peribadi, mengata orang dan membuat ugutan.

Elakkan Unsur Lucah di Saluran Umum

PIVX adalah projek untuk semua. Sesetengah ahli adalah di bawah umur 18 tahun, dan sesetengah ahli juga tidak mahu terlibat dengan unsur-unsur yang lucah. Jika anda mahu berkongsi kandungan yang berunsur lucah (dewasa), sila kongsi di saluran peribadi atau melalui komunikasi peribadi.

Marilah Kita Hindari Politik

Kita semua mempunyai banyak pandangan sendiri. Mari kita elakkan perbincangan yang berunsurkan politik.

Aktiviti yang Menyalahi Undang-undang tidak akan diterima

PIVX merupakan teknologi yang menumpukan privasi dan keperibadian (tanpa nama). Sebarang perbincangan tentang akitiviti haram atau perbuatan menyalahi undang-undang tidak akan diterima. Sebarang perbincangan tentang aplikasi harus bersandarkan teknologinya dan bukan kegunaannya secara haram.

 Selesai Pertelingkahan Secara Aman

Kita semua mempunyai pelbagai pandangan tentang hala tuju projek. Pandangan semua pihak mempunyai makna dan jika kita tidak bersetuju dengan sesuatu pandangan, itu petanda yang bagus. Kepelbagaian pandangan akan mendorong kejayaan projek. Jika anda tidak bersetuju, sila hormati orang lain dan marilah kita menyelesaikan masalah-masalah yang wujud untuk memajukan projek ini.